
Kami mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas kejayaan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam (InCIEd) 2025 dari 21 hingga 23 April 2025 di KSL Esplanade Hotel, Selangor, yang dirasmikan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia. Persidangan ini membuka ruang untuk perbincangan mengenai masa depan pendidikan Islam dan penggunaan teknologi dalam pengajaran.
Terima kasih juga kepada semua yang meluangkan masa di booth Yayasan Didik Negara! Kami teruja memperkenalkan produk seperti Tab DT24 dan platform DIDIKSchool2U, yang menawarkan kemudahan membeli barangan persekolahan secara efisien. Terima kasih atas sambutan positif dan semoga kami terus memberi impak positif kepada pendidikan masa hadapan.